Resepi Apam · Uncategorized

Resepi Apam Mekar di Malam Hari

Minggu lepas hari sabtu aku try buat apam lagi. Kali ni namanya apam mekar hehe. Bahan2 lebih kurang sama cuma tambah ais krim soda (air berkabonat). Pasal ais krim soda jugaklah apam tu merekah kot.

blogger-image--1216597368

Bahan-Bahan

  • 230gm gula castor
  • 2 biji telur suhu bilik
  • 1 sudu teh ovelette
  • satu sudu besar esen vanilla
  • 250gm tepung gandum
  • 1 cawan ais krim soda (air gas)

Cara Membuatnya

  1. pukul telur, gula dan ovelette sampai kembang dan masukkan esen vanilla. pukul sampai adunan jadi warna putih dan berkrim. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit selang seli dengan ais krim soda.

2. bahagikan kepada beberapa bahagian dan letak warna

3. kukus selama 7-10 minit.

Resepi Kek · Uncategorized

Resepi Kek Karamel Pelangi Lembut

Tetiba nafsu untuk membuat kek dan kuih yang comel2 menjadi-jadi.. Sejak aku jadi follower FB ‘Kongsi Resepi’ nafsu mahu mencuba mula menggila.. miahahaha.. Hasilnya 2 resepi telah aku cuba.
Bawah ni adalah kek karamel…dipersilakan untuk menyalin resepi kalau anda berminat! 🙂

Kek Karamel Impianku

Percubaan yang pertama… warna tak terang…

281120102668

Percubaan kedua..walla.. menjadi kombinasi warnanya kali ini.. miahahaha (gelak puas)

kek

Bahan-Bahan

  • Loyang saiz 7×7
  • (A) – Bahagian Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)

*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang) biarkan dia sejuk after dah perang.

(B) – Bahagian Atas (Karamel)

  • 1/2 tin susu cair FN…(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
  • 70gm gula kastor
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 3 bj kuning telur…(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) – Lapisan Kek

  • 140gm tepung gandum
  • 70gm gula kastor
  • 3 bj kuning telur
  • 135ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
  • 45ml minyak msk (kita guna minyak mazola)

(D) – Cara Buat Merinque

  • 6 biji putih telur
  • 70gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara Membuatnya

1. Kacau semua bhn (B) perlahan2…jgn bg berbuih2…nti x jd karamelnye…
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat letak atas kepala pun dia x jatuh…hehe..
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling – selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t’balik kan kek yg dibakar tadi…
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2…sedap…tahan dlm peti ais 5 hari tau….2 pun klu x abih d’makan…