Resepi Roti

Resepi Roti Bakar Telur Mata Kerbau

Pagi ni memang tak sabar nak mencuba roti bakar unik :). Memang sedap roti ni..makan 2 keping dah kenyang. Sebenarnya pernah dah tengok resepi ni dlm email..baru hari ni tergerak hati nak mencuba. Akhirnya dapat gak merasa roti bakar special yang comel ni..

Roti Bakar Telur Mata Kerbau Special

Bahan-bahan
roti secukupnya
telur ayam (saiz kecil)
Mayonis / garlic spread / butter
serbuk lada sulah/ lada hitam
sedikit daun sup

280520113537

antara bahan yang diperlukan

280520113534
mula-mula lubangkan roti seperti gambar diatas.. lubang tu saya buat guna gelas je.. kemudian sapukan mayonis atau majerin atau garlic spread ikut suka…nak letak cheese pon boleh..pastu lapiskan kembali roti seperti gambar diatas

280520113541
pecahkan telur kedalam lubang roti tu..

280520113542
sedia untuk dibakar.. anggaran bakar 20minit atau sehingga telur masak

280520113545
sesudah masak, taburkan sedikit serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam serta daun sup. sedia untuk dimakan!!.mari jemput makan semer…sedapppp…