Resepi Kek

Resepi Kek lapis oreo mocha

Assalamualaikum

Lama tak share resepi kan, tau lah guna phone ni kita nak link ke owner atau yang share resepi ni tak boleh, jadi takat share gambar je lah

Banyak blog yang dah tutup, sedih pulak tak dapat skodeng resepi dan gambar lagi, kalau dulu gugel je sekarang ni kena lah taip balik resepi dan simpan kat sini, senang untuk rujukan

Ok kali ni resepi ambik dari blog bro rozzan, tq ye, suka sangat resepi nya sebab cepat moist dan lembut je kek nya, baru buat malam tadi pagi ni dah cun dah hasilnya..

rESEPI kEK lapis

Kek lapis oreo mocha

Bahan-Bahan

500gm high quality butter (golden churn, SCS, anchor)
180gm gula
10 biji telur saiz A (kalau B guna 12 biji)
5 biji kuning telur (tambah sendiri sebab ada balance buat pavlova)
300gm susu pekat
180gm tepung Hong Kong
100gm biskut Marie (guna brand tiger) di blend halus dan ayak
100gm Horlicks
1 sudu besar ovallette
1 sudu besar esen vanilla
5 sudu besar cappuccino emulco
Biskut oreo secukupnya, buang inti (anggaran 2 paket besar)
Sedikit pewarna coklat

Cara Membuatnya

#1. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallette hingga kembang dan putih, sebab takde stand mixer i guna blender je untuk pukul tu, anggaran masa dalam setengah jam juga untuk dapat hasil telur tu memutih, adunan akan panas jadi bila dah kembang dan putih, ketepikan dulu, jangan time adunan panas pergi campur dalam adunan butter, bantat nanti

#2. Dalam bowl lain, pukul butter dan susu pekat hingga butter memutih dan kembang, satukan adunan telur dan butter, pukul perlahan untuk sebatikan

#3. Kemudian, masukkan campuran tepung Hong Kong, Horlick dan biskut Marie, gaul sebati

#4. Bahagi kepada dua adunan, yang ni dapat 1000gm satu bahagian, satu bahagian dibiarkan kosong dan satu lagi masukkan cappuccino emulco, kena rasa ye hingga dapat rasa kopi yang kita nak, 5 sudu tu kira anggaran je, kalau nak lebih lg boleh je, dan tambah kan sedikit pewarna coklat

#5. Lapik loyang dengan parchment paper, bakar setengah cawan adunan cappuccino hingga masak guna api atas bawah, suhu bergantung pada oven sendiri ye, lepas masak, tukar ke api atas sahaja dan bakar lagi 3 bahagian..

sebenarnya ada banyak yang sudah kongsikan resepi kek lapis salah antara adalah usiamuda.com, apabila resepi ini bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba.

Advertisements
Resepi Kek

Resepi Pavlova Gorjes Ku

Pavlova.. sebut je nama terus terliur.. walaupun dah lama try dah baru skang sempat upload.. sy try resepi ni dari http://irmadilondon.blogspot.com/2011/06/resepi-pavlova.html terima kasih ye dear.. sebelum ni asyik tengok pavlova orang lain jer.. akhirnya dpt jugak sy buat.. hehe dah tak mengidam dahhh.. :D. Bawah ni ada resepi nye.. thanks irma…

014

Bahan-bahan :

4 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan.

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat.

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

5- Masukkan tepung jagung dan cuka.

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis.

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150′ C. panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven.

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140’C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga.

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream.

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila.

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan.

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Resepi Kek

Resepi Muffin Coklat Chip Sedap

Petang tadi rasa rajin sangat..so try le buat muffin coklat chip. Pertama kali aku buat muffin! akhirnya menjadi gaks.. hehe.. mak aku cakap kalau mcm ni makan seketol dah kenyang sebab besar kalau nak dibandingkan apam mekar or apam dot2.. So pada korang nak try buat silakan amek resepi ni.. Tekstur muffin ni sungguh lembut dan moist.. Selamat menjamu mata dan selamat mencuba!!.

030220113099

siap sedia untuk dibakar

030220113101

comot la sikit..tapi takper..nanti dia dah naik dapat tutup kelemahan itu.. hehe

030220113102

dok diam2 ye kat dlm oven tu..hehe

030220113104

taraaa…hasil muffin cubaan pertamaku..

Muffin Chip Coklat

Bahan-Bahan

  • cawan mentega
  • cawan minyak jagung
  • 1 cawan gula perang
  • 3 biji telur
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 200 ml susu segar ( vanilla atau coklat)
  • Sedikit coklat chip untuk hiasan.

Cara Membuatnya

1.Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180C selama 15 minit.
2. Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
4. Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur ke dalam adunan tadi.
5. Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung sehingga sebati.
6. Paipkan adunan ke dlm cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya.
7. Siap untuk di bakar. Bakar selama 30 minit..(bergantung pada besar cup cakes, kalau mcm aku ni cukup 30minit, kalau kecil cup so cepatlah masak)

Tips

1.Oven perlu dipanaskan terlebih dahulu supaya adunan kita boleh naik dengan sempurna.
2. Pukul adunan dengan menggunakan pemukul telur biasa (pemutar belon). Tak perlu guna mixer kerana adunan muffin berbeza dengan kek.
3. Jangan guna minyak masak yang berkacang kerana ia member kesan pada rasa muffin anda. Minyak jagung adalah yang terbaik.
4. Untuk mendapatkan rasa coklat sebenar, guna susu segar perisa coklat (Dutch Lady).
5. Muffin yang dibakar hendaklah dipusing kedudukan setiap 10 minit supaya adunan masak dengan sempurna.
6. Anda boleh mengguna kan cup kertas saiz 3 atau 8. Jumlah muffin yang akan diperolehi sekitar 35-38 biji (saiz 3) atau 17-20 biji (saiz 8).

Resepi Kek · Uncategorized

Resepi Kek Karamel Pelangi Lembut

Tetiba nafsu untuk membuat kek dan kuih yang comel2 menjadi-jadi.. Sejak aku jadi follower FB ‘Kongsi Resepi’ nafsu mahu mencuba mula menggila.. miahahaha.. Hasilnya 2 resepi telah aku cuba.
Bawah ni adalah kek karamel…dipersilakan untuk menyalin resepi kalau anda berminat! 🙂

Kek Karamel Impianku

Percubaan yang pertama… warna tak terang…

281120102668

Percubaan kedua..walla.. menjadi kombinasi warnanya kali ini.. miahahaha (gelak puas)

kek

Bahan-Bahan

  • Loyang saiz 7×7
  • (A) – Bahagian Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)

*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang) biarkan dia sejuk after dah perang.

(B) – Bahagian Atas (Karamel)

  • 1/2 tin susu cair FN…(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
  • 70gm gula kastor
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 3 bj kuning telur…(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) – Lapisan Kek

  • 140gm tepung gandum
  • 70gm gula kastor
  • 3 bj kuning telur
  • 135ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
  • 45ml minyak msk (kita guna minyak mazola)

(D) – Cara Buat Merinque

  • 6 biji putih telur
  • 70gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara Membuatnya

1. Kacau semua bhn (B) perlahan2…jgn bg berbuih2…nti x jd karamelnye…
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat letak atas kepala pun dia x jatuh…hehe..
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling – selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t’balik kan kek yg dibakar tadi…
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2…sedap…tahan dlm peti ais 5 hari tau….2 pun klu x abih d’makan…