Resepi Apam · Uncategorized

Resepi Apam Mekar di Malam Hari

Minggu lepas hari sabtu aku try buat apam lagi. Kali ni namanya apam mekar hehe. Bahan2 lebih kurang sama cuma tambah ais krim soda (air berkabonat). Pasal ais krim soda jugaklah apam tu merekah kot.

blogger-image--1216597368

Bahan-Bahan

  • 230gm gula castor
  • 2 biji telur suhu bilik
  • 1 sudu teh ovelette
  • satu sudu besar esen vanilla
  • 250gm tepung gandum
  • 1 cawan ais krim soda (air gas)

Cara Membuatnya

  1. pukul telur, gula dan ovelette sampai kembang dan masukkan esen vanilla. pukul sampai adunan jadi warna putih dan berkrim. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit selang seli dengan ais krim soda.

2. bahagikan kepada beberapa bahagian dan letak warna

3. kukus selama 7-10 minit.

Advertisements
Resepi Apam

Resepi Apam Polkadot Paling Sedap

Sebenarnya aku cari acara yang menarik untuk mengambil hati ibu sempena hari lahirnya. Hari lahirnya jatuh pada hari Jumaat – 24/12/2010. Acara potong2 kek sudah dilaksanakan..acara apa lagi pada sebelah petang Sabtu tu yee..Hurmm..apa kata kita cuba resepi = Apam Polka Dot!
Ya..kubuat khas untuk ibu tercinta.. main masak-masak dengannya memang seronok.. mana taknya. ibu yang jaga pengukus.. 🙂 dan bagi tips2 berguna masa proses pembuatan apam ni agar apam lembut dan gebuuu.. Terima kasih ibuku Puan Rahman binti Mohd!

apam4

mai tengok dekat dekat… hehe, sekumpulan apam menanti untuk dimakan, ada inti jem didalamnye..masa nak mendot-dot..

apam4

macam ni lah pada awalnye..so siapa2 tak taw cara nak dot2..leh la ikut mcm cara ni yaa cayang2 semua..

Bahan-Bahan

  • 3 biji telur sejuk dari peti ais
  • 275 gm tepung gandum + 3 sudu teh baking powder = diayak sekali
  • 1 sudu kecil ovelette
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar
  • inti : blueberry . strawberry atau apa2 saja
  • 1 sudu esen vanilla
  • pewarna ikut citarasa

Cara-Cara

1) pukul telur putih sampai kembang
2) kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla – pukul sampai kembang lagi.
3) pastu masukkan gula..pukul sampai kembang lagi.
4) masukkan tepung + baking powder selang seli dengan susu (masa ni kacau dengan senduk je.. bukan dengan mixer.
5) bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
6) masukkan setiap warna dlm piping bag @ plastik bersih
7) picit adunan ke dalam mangkuk kertas
8) letakkan inti – nak senang masuk dlm plastik pastu picit
9) picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh = kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan
10) kukus 10-15 minit.