Resepi Aiskrim

Resepi Ais Krim Pelangi Paddle Pop

Assalamualaikum…

Dah lama tul mengidamkan buat ais krim sendiri.. Barulah malam ni tercapai hajat. Haaa..terus buat 2 perisa.. Satu perisa jagung satu lagu perisa coklat. Penuh fridge!.. Puassss tul hati..kikikiki.. Apapun resepi ni diambil dari rakan baru sy di FB!.. thanks aznie rozima! sudi kongsi resepi ngan sy. Banyakkkkk resepi best2 dia.. tak sabar nak cuba yang lain.

060520113433
hasilnyaa…waahhhh..sedapnyaa..tak sangka bahan2 tak banyak tapi dpt hasilkan aiskrim sedap camni 🙂 saya amat puas hati… gud byee ais krim walls..gud bye ais krim belii…

Ais Krim Pelangi

Bahan-Bahan

  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar overlatte
  • 1 tin susu pekat (sy guna F&N – 505 gram)
  • setengah tin susu segar (sy guna susu dutch lady)
  • 1 tin air suam (sukat guna tin susu tadi)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh perisa pilihan (jika mahu..kalau tak nak pun tak pe.. sy tadi letak perisa jagung)
  • beberapa titik pewarna pilihan (sy guna star brand)

Cara Membuatnya

1) masukkan semua bahan tadi dlm mangkuk dan pukul dengan mixer hingga naik dan kembang dan pekat.

2)kemudian bahagikan kepada beberapa warna pilihan.

3) mula melapis adunan . buatlah macam kek karamel tu.

4) masuk dlm peti ais dan sedia dimakan setelah ia mengeras.

begini rupanya setelah adunan kembang

050520113401
warnakan mengikut warna pilihan hati.. abaikan comot2 tu yer.. buat nak hampir maghrib tadi..so tergesa2 dan agak rakus nak tengok hasil bila dah mengeras.. hehe

050520113403
sebenarnya nak warnakan dengan warna kuning coz perisa jagung kan… tapi warna kuning takde..so letak je warna yang ada… takpe 1st trial.. tak kisahlah.. janji dapat makan!!.. 🙂

050520113405
so dalam adunan tadi dapatlah 2 mangkuk besar dan 1 mangkuk kecil aiskrim.. haaa…makan jgn tak makan!

Advertisements
Resepi Aiskrim

Resepi Aiskrim Coklat Chenta Hatiku

Kali ke dua buat Ais Krim.. kul 11pm mula mengadun yeee….tu pun setelah pujuk hubby agar benarkan buat perisa coklat pulak! katanya jgn membazir..tapi takpe..boleh bawak ke opis kan… haaaaa…senyum lebar kawan2 opis membacanya!.. hehe.. Resepi ni masih dari rakan FB.. aznie!..thanks aznie coz layan saya chat petang semalam tanya pasal ais krim ni.

Chocolate Ice Cream

Oklah terus je pada resepinya..

ohh..saya amat puas hati dapat menikmati aiskrim coklat ini…yummy…
sedapppkannn…. tak sabar nak makan.. (ni sebelum masuk fridge)

Ais Krim Coklat

Bahan-bahannya:
1 tin susu pekat (sy guna susu F&N – 505 gram)
1 tin air suam (sukat guna tin susu tadi)
1 sudu besar ovelatte
1 biji telur
2 sudu besar serbuk koko (sy pakai serbuk koko van houten..tapi rasa mcm pahit sket kalau terletak lebih..maka kurangkanlah serbuk koko jika pakai jenama ini sebab pure coco. kalau jenama lain tak kot..)
setengah tin susu segar (ni sy yang tambah sendiri..kalau ikut resepi takde.. saja nak bagi lemak berkrim sikit)
coklat rice (jika mahu)

cara-caranya:
1) serbuk koko tadi dibancuh dengan air suam hingga sebati

2) masukkan telur, susu dan ovelette dalam mangkuk

3) tuang bancuhan koko tadi dan pukul dengan mixer sampai adunan kembang

4) tuang dlm bekas dan hias dengan coklat rice ikut suka.

5) masukkan dlm fridge.. senang kan 🙂