Resepi Acar

Resepi Acar Telur Puyuh Paling Sedap

Hi jumpa lagi hari ini saya ingin berkongsi resepi acar telur puyuh, resepi inisangat simple dan ringkas je, so menu ini sangat sesuai sebagai hidangan tengah hari. jom kita layan resepinya dibawah..

download

Bahan-Bahan

30 biji telur puyuh, cuci dan rebus hingga telur keras
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 biji timun
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia muda
2 biji cili merah
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
Gula secukup rasa
1/4 cawan cuka makan

Cara Membuatnya

– Timun dikerat, belah dua, buang empulur dan hiris macam
batang mancis, gaul dengan serbuk kunyit dan garam tadi.

– Kupas telur puyuh, kalau suka boleh goreng hingga telur
berkulit.
– Bawang besar dibelah 4 setiap biji, bawang putih, dibelah 2
setiap ulas,halia muda dihiris halus dan udang kering
ditumbuk kasar.

– Ketepikan
– Panaskan minyak dalam kuali, tumis kayu manis,
bunga lawang dan buah pelaga hingga harum, masukkan
udang kering tumbuk, bawang putih dan bawang besar,
kacau rata dan tuang cuka makan.

– Tambah gula (anggaran 1/3 cawan) dan masak hingga pekat.
– Masukkan telur puyuh dan cili hiris, kacau rata.
– Timun tadi ditoskan dan masukkan ke dalam kuali,
kacau hingga rata dan rasa, jika perlu tambah garam atau
gula ikut citarasa.

– Angkat dan hidangkan.