About

Assalamualaikum,
Selamat datang ke blog GoodHappyFood yang menyajikan resipi-resipi ringkas untuk di cuba dan sebagai rujukan kepada yang masih baru berjinak-jinak di bidang masakan.
Nama saya Risa Nadira atau nama yang saya guna di blog adalah Nadira. Pulau Langkawi adalah tempat tumpah darah saya dan saya membesar serta bekerja juga di Pulau Lagenda ini. Saya adalah ibu kepada 4 orang anak iaitu 1 orang perempuan dan 3 orang lelaki.
Tujuan asal blog ini di buat adalah untuk menyimpan resipi-resipi masakan ringkas untuk rujukan anak gadis saya dan sekarang Alhamdulillah blog ini berkembang dan menjadi rujukan ramai khususnya ibu-ibu yang bekerja dan mempunyai masa yang terhad untuk memasak.
Resipi yang di kongsikan ada yang saya cipta sendiri, resipi warisan dan ada

juga yang di cuba hasil daripada perkongsian teman-teman blogger.
Di harap anda mendapat manafaat dari blog ini dan jika ada sebarang masalah atau komen yang saya terlepas pandang di dalam blog ini, bolehlah email terus kepada saya di widi.suseno@yandex.com
Terimakasih daun keladi

Ada hari berkunjung lagi
Salam hormat

Risa Nadira

Advertisements