Uncategorized

Resepi Biskut Suji Mudah dan Sedap

Resepi Biskut Suji – Hello apa khabar pembaca setia blog goodhappyfood.. hihihi saya malu sebab saya memang tak pandai menulis jadi saya minta maaf apabila tulisan saya ni tak bagus ye..

saya teringat hari raya Aidil Fitri kelmarin saya membuat banyak sekali hidangan kuih muih dan biskut dan salah satu antara adalah biskut suji, senang dan mudah sahaja buat biskut biskut ini sebab dianya tak perlu guna bahan banyak pun menjadi.

cara buat biskut suji

resepi ini saya ambil dari blog usiamuda.com terima kasih kepada empunya blog kerana sudah berkongsri resepi yang amat sedap ini. saya memang penggemar biskut apalagi apabila dianya mudah dan murah yang penting sedap.

kalau biskut suji ini memang ramai orang tercari-cari apabila hari raya atau musim perayaan tiba tetapi apabila hari biasa kuih muih traditional ini tak terusik. kesian biskut ni hanya di cari apabila hari raya sahaja.. hihihi..

biskut suji memiliki bentuk bermacam-macam antaranya biskut suji pelangi, biskut suji asli, biskut suji susu dan masih banyak lagi. tetapi manakah yang korang suka? menurut saya semuanya sedap apabila dibuat denganbetul-betul dan mengikut kaedah.

Resepi Biskut Suji

kegemaran saya dan anda mungkin berbeza tetapi tetaplah biskut suji adalah salah satu antara kuih muih traditi Malaysia yang sudah banyak digemari oleh masyarakat. jom kita layan resepi yang mudah dan ringkas dibawah..

sumber : resepi biskut suji

Bahan-Bahan

  • 300gm tepung gandum
  • 30gm tepung
  • 250gm minyak sapi
  • 150gm tepung suji
  • 150gm gula aising
  • secubit garam
  • ceri merah atau hijau – untuk hiasan
  • cawan kertas secukupnya

Cara Membuatnya

  1. mula pukul gula bersama minyak sapi hingga ianya kembang selepas itu masukkan tepung suji, garam, susu tepung, dan tepung gandum.
  2. kemudian adunkan hingga menjadi doh yang lembut dan rehatkan selama lebih kurang 25 – 20 minit sahaja.
  3. siapkan cawan kertas dan bentuk bulat-bulatkan adunan doh tadi, masukkan dalam cawan kertas yang sudah anda siapkan tadi.
  4. potong ceri menjadi beberapa bahagian kecil kemudian hiaskan diatasnya.
  5. akhir sekali, bakar biskut suji dalam oven selama lebih kurang 20 minit, apabila sudah masak angkat dan sediakan.

mudah sahaja kan resepi biskut suji ni, apabila resepi ini bermanfaat sila share. jangan lupa untuk terus melawat ke blog saya ini sebab saya akan berkongsi banyak resepi sedap yang pasti membuat anda teringin untuk mencubanya, selamat mencuba.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s