Resepi Sos

Resepi Sos Keju Mirip KFC

Hari ni cuti umum sempena kemenangan Malaysia menentang Indonesia bagi Piala AFF Suzuki Cup 2010. Syabas Team Harimau Muda diatas kemenangan tempoh hari. Soooo…balik kampong awal la kiteee.. Petang tadi dengan tak sabarnya nak mencuba resepi dari member2 FB Kongsi Resepi (KR). Bahan2 dah dibeli awal kat Putrajaya.

311220103000

Petang tadi ramai yang ada dirumah.. anak buah semua ada so rajin lah nak buat.. Hasilnya meletoppss!.. memang sedapp.. sampai hubby, mak, kakak dan anak buah semua puji sedapp.. hehe bestnyeee.. 🙂 Derang kata sama mcm KFC!.. cecececece… (itu kata nuzul zariq, nabilah nazurah, nabilah najwa dan hubby!!) Abg zariq cakap acik nana leh bukak kedai dah ni.. owwhh..terima kasih anak buahku.. pujian itu mengembangkan hidung acikmu ini.. hehe

Bahan-Bahan

  • 2 sudu mentega
  • 2 sudu tepung gandum (kalau nak lagi pekat lebihkan tepung)
  • 1 liter susu segar
  • 4 sudu kecil garam (secukup rasa..kalau tak mau masin kenalah sukat dan rasa)
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 12 keping cheddar cheese (saya guna jenama cheesedale)
  • Sedikit pewarna kuning telur untuk cantikkan lagi warna chezzy

Cara Membuatnya

Cairkan butter, masukkan tepung gandum, kacau jgn bagi berketul, masukkan susu, masukkan serbuk cili, serbuk lada putih dan masukkan cheddar cheese masak hingga kepekatan yang dikehendaki.

Letak pewarna kuning telur untuk naikkan seri chezzy. Mula2 nampak je cair..tapi bila dah sejuk sket dia jadi kental.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s