Resepi Kek

Resepi Pavlova Gorjes Ku

Pavlova.. sebut je nama terus terliur.. walaupun dah lama try dah baru skang sempat upload.. sy try resepi ni dari http://irmadilondon.blogspot.com/2011/06/resepi-pavlova.html terima kasih ye dear.. sebelum ni asyik tengok pavlova orang lain jer.. akhirnya dpt jugak sy buat.. hehe dah tak mengidam dahhh.. :D. Bawah ni ada resepi nye.. thanks irma…

014

Bahan-bahan :

4 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan.

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat.

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

5- Masukkan tepung jagung dan cuka.

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis.

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150′ C. panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven.

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140’C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga.

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream.

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila.

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan.

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s